Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, antara perkara yang sering dibicarakan adalah mekanisme untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sama ada memandu kenderaan sendiri atau memilih untuk menaiki pengangkutan awam, perjalanan pulang ke kampung merupakan antara hal yang selalu dititik beratkan oleh orang ramai.

Sewa kereta

Begitu juga kisahnya dengan laporan portal berita Kosmo! Online mengenai golongan berpendapatan tinggi atau T20 yang pulang ke kampung halaman dengan menyewa kenderaan yang lebih ‘murah’ seperti Axia dan Alza.


Menerusi platform X, ramai dalam kalangan netizen memberikan pendapat mengenai isu berkenaan.

Ada dalam kalangan wargamaya menyifatkan golongan ini sebagai golongan yang bijak.



Ada juga yang berpendapat, jika seseorang itu sudah bergelar T20, sepatutnya mereka tidak menyewa, malah membeli seunit kereta yang lebih murah untuk memudahkan pergerakan.



Sumber: Kosmo! Online, Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: TikToker Dikecam Duduk Rumah PPR Tapi Gaya Hidup T20 - “Saya Cari Kerja Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kereta T20, Tapi Perangai Kepam” - Netizen Puas Hati Pemandu Wanita Culas Bayar Tol Akhirnya Kantoi