Hiburan
"Tabahnya Seorang Ibu..." - Rita Rudaini Hantar & Tunggu Anak Solat Jumaat
Pelakon popular, Rita Rudaini berkongsi foto dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airin Qaqa Arjuna yang dipercayai diambil selepas menunaikan solat Jumaat semalam.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Rita, dia akan sentiasa menghantar dan menunggu anak-anaknya menunaikan solat Jumaat selagi hayat dikandung badan.
"Mommy sentiasa hantar dan tunggu selagi ada hayat, kenangan paling mahal yang tak boleh diulang kembali," tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikutnya di ruangan komen.
Rata-rata mereka memuji semangat dan cara Rita mendidik anak-anaknya.
"Kadang-kadang terharu tengok sis..tabahnya seorang ibu sanggup tunggu anak untuk bekalan akhirat.
"Bagusnya Rita, seorang ibu yang kuat.
"Rajinnya Mommy, Insya-Allah jadi anak-anak soleh," tulis netizen.
Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.
Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktah lima tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Ryyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9.
Must-Watch Video