Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Taboq Duit Banyak Macam Mana Sekalipun Kat Depa, Tapi ....." - Syatilla Melvin

Rozaimi Zubaidi 24/10/2018 | 05:14 MYT
Pelakon Syatilla Melvin menasihati orang ramai supaya sentiasa meluangkan masa bersama kedua ibu bapa.
Menerusi entri di Instagram (IG), Syatilla memberitahu wang bukan segalanya dalam memberi kebahagiaan kepada orang tua.
"Semalam keluaq pergi celebrate anniversary ibu dan ayah yang ke-30 tahun. Bawak depa layan live band.
"Kita ni anak-anak, tak ada apa yang kita nak tengok lagi kat mak dan pak kita selain daripada depa happy.
"Duit tak menjanjikan apa-apa, taboq la duit banyak macam mana sekalipun kat depa tapi kalau hampa tak ada masa untuk depa, tak guna satu sen pun.

Semalam keluaq p celebrate anniversary ibu ayah 30tahun..bawak depa layan live band..kita ni ank2,xdak apa yg kita nak tgok lagi kt mak pak kita selain daripada depa happy?duit tak menjanjikan apa2,taboq la duit byk mcmana sekalipun kt depa tapi kalau hampa xdak masa utk depa,xguna satu sen pun..aku harap aku dgn laki aku nnti sempat laa celebrate anni yg ke berpuluh puluh tahun?amin♥️

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

"Aku harap aku dengan laki aku nanti sempat la celebrate anniversary yang ke berpuluh-puluh tahun. Amin," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Syatilla dan mendoakan agar hubungannya dengan suami, Shaheizy Sam akan kekal selamanya.
#pelakon #Syatilla Melvin #Pelakon
;