Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Tadi Semangat Patik Dah Berkecai"- Masakan Umie Aida Dapat 'Back Up' Daripada Raja Permaisuri Agong

Kamaruddin Razal 14/11/2019 | 07:55 MYT
Pelakon Datin Seri Umie Aida mendapat sokongan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas cubaannya memasak kari kepala ikan mendapat kritikan daripada ahli keluarga.
Menurut Umie, biarpun masakannya itu dikatakan gagal oleh kakaknya yang juga pelakon dan pengarah Erma Fatima, dia tetap terus bersemangat untuk memasak selepas menerima dorongan daripada Raja Permaisuri Agong.
"Khas untuk @ermafatima yang telah post berturut-turut kat Instagram kutuk kami kaw kaw! Kononnya ku gagal masak kari kepala ikan & Mak Semah terpaksa cakap sedap untuk ambil hati ku.
"Tuanku Permaisuri cakap kari ada banyak jenis. Ada pekat dan cair. Terima kasih Tuanku Permaisuri bagi patik kata-kata semangat. Tadi semangat patik dah berkecai," tulisnya di Instagram.
Umie turut berkongsi paparan mesej antara dirinya dan baginda yang memberi respons terhadap video masakannya di Instagram.

Khas untuk @ermafatima yang telah post berturut2 kat ig .. kutuk kami kaw kaw !! kononnya ku gagal masak kari kepala ikan & mak semah terpaksa ckp sedap utk ambik hati ku. Tuanku Permaisuri ckp kari ada byk style.. ada pekat & cair . Terima kasih Tuanku Permaisuri bagi patek kata-kata semangat. Tadi semangat patek dah berkecai.. ? Next one patek akan masak resepi Tuanku bagi .. kari ikan kurau masin.. ada secret untuk bagi sedap . ? #adaberanilawanmasak #makcun

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on

Terdahulu, Erma mengkritik masakan Umie yang menyediakan kari kepala ikan menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram.
Lebih menarik perhatian netizen apabila ibunya, Mak Semah juga turut mencuit hati dengan cara penyediaan kari yang dilakukan pelakon filem Dukun itu.
"Ini kalau rempah baru garing dah masuk ikan, hancur lebur lah ikan tu. Pandai Umie Aida masak. Ini adalah kari pesyen (cara) baru," kata ibunya.

Riak tu bole @umieaida9 TAPI google dulu ???? sakit perut aku ketawa dgn mak tgk hang masak kari era baru ni. ??????

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Umie berkongsi video penyediaan kari itu selepas mendakwa ibunya kerap kali mengatakan dirinya sebagai individu yang tidak pandai masak.
Apapun, ramai yang terhibur dengan gelagat mereka sekeluarga.
#pelakon #Erma Fatima #Umie Aida #Pelakon
;