Tahniah diucapkan buat biduanita kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana muzik video lagu hit berjudul Anta Permana sudah menerima lebih 10 juta tontonan.

Muzik video Anta Permana itu sememangnya berjaya menarik perhatian ramai sejak ia dimuat naik menerusi Youtube Vevo, DatoSNurhalizaVEVO sejak 4 Oktober lalu.

Rata-rata mengakui suka dengan single Anta Permana dan berharap lagu tersebut akan mengungguli kesemua carta lagu di stesen radio


Malah, lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong itu mendapat sambutan luar jangka hingga menduduki tangga pertama di beberapa pelantar digital seperti iTunes.

Sedikit fakta menarik mengenai lagu ini, Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu Klasik yang bermaksud `tidak terkira' atau infiniti.

Lagu ini juga sangat istimewa kerana Anta Permana merupakan comeback Siti selepas berehat panjang.

Tahniah Datuk Siti.

Foto: Instagram @ctdk