,
Hiburan

Tahniah! Dengan Sekali Lafaz, Sufie Rashid Selamat Bergelar Suami

Mya Amri
21/09/2019
03:42 MYT
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28, selamat bergelar suami kepada Nurulain sebentar tadi.
Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan dan dikendalikan oleh juru nikah dan pendaftar nikah Putrajaya, iaitu Ustaz Haji Hasli Othman.
Difahamkan majlis pernikahan yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat itu dijalankan secara sederhana atas pemintaan keluarga pasangan berkenaan.
Menurut Sufie, dia merasakan cukup bertuah apabila mengenali isterinya untuk menjadi peneman hidup.
"Saya bersyukur kerana saya dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni".
Tambahnya lagi, dia memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya itu menyaksikan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 serta mas kawin sebanyak SGD300.00 dan juga sebentuk cincin.
Terdahulu, Sufie telah mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 December 2018.
Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Majlis resepsi akan berlangsung pada esok, 22 September 2019 di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.
Majlis pernikahan serta persandingan telah di sediakan oleh perancang majlis Dwikarya Wedding and Event.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Bekas Vokalis Nidji, Giring Dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

gempak
22/10/2024
23:50 MYT
Bekas penyanyi Nidji iaitu Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
BorakSeeni