Viral
Beli Rumah RM1.4 Juta Tapi Ada ‘Penghuni Rahsia’ di Ruang Bawah Tanah
Bekas Pemilik Rumah Sembunyi di Ruang Bawah Tanah Selama 7 Tahun, Pemilik Rumah Terkejut
Seorang lelaki di China terkejut apabila mendapati bekas pemilik rumahnya telah tinggal secara rahsia di ruang bawah tanah selama tujuh tahun.
Lelaki yang dikenali sebagai Li dari wilayah Jiangsu, timur China, telah membeli rumah terpakai pada tahun 2018 dengan harga 2 juta yuan (RM1.4 juta).
Namun, ketika melakukan kerja-kerja menaik taraf rumah itu baru-baru ini, dia secara tidak sengaja telah menemui sebuah pintu tersembunyi di belakang tangga.
Rasa ingin tahu membawa Li ke sebuah ruang bawah tanah yang luas, lengkap dengan sistem pengudaraan, pencahayaan, dan sebuah bar kecil.
Lebih mengejutkan, ruang itu jelas menunjukkan tanda-tanda bahawa seseorang telah tinggal di situ dalam tempoh yang lama, persis adegan dalam filem pemenang Oscar dari Korea Selatan, Parasite.
Terkejut dan berasa tidak selesa, Li segera menghubungi bekas pemilik rumah, seorang wanita dikenali sebagai Zhang. Namun, jawapan yang diterimanya lebih mengejutkan apabila Zhang mendakwa bahawa ruang bawah tanah itu bukan sebahagian daripada rumah yang dijual.
Menurut Zhang, ruang bawah tanah tersebut adalah kawasan peribadinya dan tidak termasuk dalam perjanjian jual beli hartanah itu.
Kenyataan Zhang mencetuskan kemarahan Li, yang kemudian mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut hak ke atas ruang tersebut. Dalam perbicaraan, Li berhujah bahawa dia telah membayar harga penuh untuk rumah berkenaan, dan oleh itu, ruang bawah tanah juga sepatutnya menjadi miliknya secara sah.
Mahkamah akhirnya memihak kepada Li dan mengarahkan Zhang untuk membayar pampasan.
Must-Watch Video