Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tahniah Hariz! Finalis Hero Remaja 2020 Dapat 5A Dalam SPM

Fiza Kamarudin
05/03/2020 23:02 MYT
Finalis Hero Remaja 2020, Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan berjaya memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) 2019.

Berkongsi rasa gembira di laman sosial Instagram (IG), pelajar jurusan sains Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) itu bersyukur walaupun tidak mendapat A dalam kesemua mata pelajaran.

“Walaupun tidak dapat seperti yang diharapkan, namun saya gembira kerana dapat membuat ibu dan ayah bangga hari ini.

“Terima kasih SMKPA untuk perjalanan yang panjang dan ‘anda’ akan dirindui,” tulisnya.

Eventho i didn't get what i dreamed of, I'm still happy that I'm able to make both of my parents proud. ❤️ Thankyou for the long journey smkpa. Surely you will be missed ?

A post shared by Hariz Hamdan (@harizws) on

Harris mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Sains Komputer.

Sementara grade B bagi tiga mata pelajaran lain iaitu Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik Tambahan serta satu C untuk Kimia.

Gempak difahamkan Hariz akan meneruskan pengajian dalam bidang Civil Engineering.

Jangan lupa untuk menyaksikan perjalanan Hariz dalam Hero Remaja 2020 pada setiap Khamis, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Program tujuh episod yang telah pun memulakan siarannya pada 27 Februari lalu itu menampilkan Scha Alyahya dan Datuk Hans Isaac sebagai juri dan Ain Edruce sebagai hos.

Hero Remaja juga boleh ditonton menerusi Astro Go dan on demand.

#Remaja #“Hero #“SPM #2019” #2020”