Pelopor muzik hip hop negara, Joe Flizzow selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya, Marini Ramlan.

Berita gembira itu dikongsi menerusi satu posting dfi akaun Instagram (IG) adik kepada Marini, semalam.

"Semalam kakak memberi saya ahli keluarga baru.

"Tahniah atas pertunangan kamu berdua. Selamat datang ke keluarga kami," katanya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata sahabat kenalan rapat mengucapkan tahniah atas ikatan pertunangan itu.

Anda boleh ucapan menarik di bawah.

(SS)

Terdahulu, Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak telah merisik Marini Ramlan sekitar September.

Perkara itu didedahkan oleh ibu Joe sendiri iaitu Aishah Ali.

Menurut Aishah, anak sulungnya itu sudah berapa pada tahap membanggakan untuk mendirikan rumah tangga.

"Tiada sebarang tarikh yang ditetapkan, namun majlis perkahwinan Joe bakal berlangsung awal tahun depan," katanya.

BACA: Joe Flizzow Risik Kekasih, Kahwin Awal Tahun 2020 - Ibu