Hiburan
Digelar 'Monster Ringing', xikers Tampil Dengan Konsert Sulung Di Malaysia
Grup K-pop generasi baharu, xikers, yang berada di bawah naungan KQ Entertainment, bakal muncul di Malaysia buat julung kali sempena siri jelajah konsert pertama di rantau Asia.
Konsert berjudul 2025 xikers WORLD TOUR TRICKY HOUSE : FIRST ENCOUNTER IN KUALA LUMPUR dijadualkan pada 19 Januari 2025 (Ahad), jam 5 petang, bertempat di JioSpace, Petaling Jaya.
Sejak debut pada 30 Mac 2023, xikers telah menggegarkan persada K-pop di seluruh dunia.
Susulan EP pertama, “HOUSE OF TRICKY: Doorbell Ringing”, mereka terus meraih tumpuan ramai dan diberikan gelaran “monster rookies”. EP itu berjaya mencatatkan No. 1 di carta Billboard Emerging Artists, No. 4 di Billboard World Albums dan No. 75 di carta Billboard 200 yang melambangkan kejayaan xikers.
Pada EP seterusnya iaitu "HOUSE OF TRICKY: HOW TO PLAY", xikers memecah rekod sendiri apabila jualan album minggu pertama melonjak hampir dua kali ganda. Momentum ini diteruskan pada jelajah dunia pertama kumpulan itu, TRICKY HOUSE: FIRST ENCOUNTER di Amerika Syarikat yang memperkukuh status mereka.
Susulan jelajah Australia, xikers akan membawa persembahan dinamik ke Bangkok, Kuala Lumpur, Macau, dan Jakarta, tampil dengan lagu-lagu hit mereka, di samping melakar kebangkitan mereka di arena K-pop secara global.
Jualan tiket bermula 26 Disember 2024, 11.00 pagi di my.bookmyshow.com/e/XIKERSMY pada harga RM696 (SVIP), RM596 (VIP) dan RM296 (GA).
Must-Watch Video