Pengacara program MeleTOP dan usahawan hijab, Neelofa dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur dalam anugerah berprestij di peringkat antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.
Bakal diadakan di Monaco pada 5 dan 6 Oktober, Neelofa mengakui tidak menyangka tercalon dalam anugerah yang di pengerusikan oleh keluarga diraja Monaco.
“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.
“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dna mengembangkan rangkaian saya.
“Insya-Allah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya menerusi satu kenyataan media.
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan anugerah yang berprestij. Ini merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Kamaruddin Razal
Sun Jun 23 2019


Putri Ariani Kata Macam Mimpi Dapat Golden Buzzer Di AGT, Dua Hari Video Ditonton 14 Juta Kali
Viral di media sosial!

"Bawa Objek Kecil Boleh Digenggam Milik Orang Yang Telah Mati ..." - Terkini! Pesanan The Sacred Riana Kepada Audiens Di KL
The Sacred Riana Bakal Menghantui Malaysia

Lirik Lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' Yang Akan Dinyanyikan Hoondoo Di Konsert Keenam Big Stage 5!
Macam manalah persembahan Hoondoo minggu ni?

#MEGASPONTAN2023 : Zizan Razak Layak Jadi Mentor, Adlin Aman Ramlie Letak Diri Sebagai Peserta ‘Junior’ - “Walaupun Saya Dah Kira Otai Tapi…”
Adlin anggap Zizan lebih layak jadi mentor.
![[VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…” [VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/ekin-punya-176.png?ext=.png)
[VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…”
Alolo comelnya adik.

Bukan 5 Tapi Yoo Ah In Didakwa Guna 7 Jenis Dadah Termasuk Kokain, Ganja…
Alamak!

#PE3 : Kutipan Cecah RM45 Juta! Penonton Puji Polis Evo 3 Sudah Layak Ke Tahap Antarabangsa
Memang mantap boh!

Tolak Tawaran Bayaran Murah, Usop Wilcha’ Hanya Pertahankan Hak Sebagai Pelakon - “Saya Tidak Mahu Tunjuk Kebodohan Diri Dengan…”
Sepatutnya bayaran sesuai la dengan pengalaman.

“Pandangan Yang Saya Ambil Kira Adalah Shuib & Anak-Anak” - Watie Tak Cepat Melatah Bila Netizen Sering Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah
Doakan yang baik-baik untuk Watie dan Shuib.

Kajol Dakwa Berdepan Ujian Terberat, Hapus Semua Foto Rehat Dari Sosial Media
Kenapa tu Kajol?