Pelakon Nina Iskandar telah selamat bergelar isteri kepada penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada April lalu.
Menurut laporan mStar Online, pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang sederhana.
"Nina dan suami berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.
"Jadual penggambaran yang padat sehinggakan majlis resepsi itu diadakan pada bulan ini," kata pihak pengurusan MIG Metrowealth.
Menerusi Instagram Stories miliknya, Nina turut memuat naik sekeping foto sejurus usai majlis resepsinya.
Pasangan merpati dua sejoli ini diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras semalam.
Majlis itu turut dihadiri oleh rakan artis antaranya Amyra Rosli, Ayda Jebat, Puteri Aishah, Sissy Imann dan Shakilla Khoriri.
Pada 12 Mac lalu, pelakon drama rantaian Andainya Takdir itu didakwa menjadi punca penceraian seorang penolong pengarah dan menegaskan dakwaan itu sebagai fitnah.
Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas itu.
BACA: "Saya Bebas Berkawan Dengan Sesiapa... Janji Bukan Suami Orang" - Nina Iskandar Nafi Jadi Punca Penceraian Penolong Pengarah
Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun bercerai pada Februari lalu.
Zulaikha Yusof
Sun Aug 04 2019


Siap Letak Bendera Pelangi, Teman Rapat Syafi Tee Bukan Wanita Tapi Mengaku Transgender?
Alamak

Didakwa Renovate ‘Sambung’ Rumah Tanpa Kebenaran, Kediaman Kos Rendah Ini Tarik Perhatian Netizen - “Ini Rare…”
Boleh atau tidak renovate rumah macam ni?

“Zul & Zafran, Siapa Bapa Terbaik Untuk Cinta Aryana” - Jangan Menangis Cinta Disambung Dua Episod Lagi
Sambung dua episod guys.

Pernah Dimaki, Sarimah Ibrahim Pesan Hos Jangan Suka ‘Menganjing’ Rakan Pengacara
Hormat sesama rakan sekerja.

“Kita Ni Banyak Merungut..” - Pengalaman Berlakon Di Kampung Sampah, Aliff Aziz Insaf
Cerita yang menarik.

“Tiada Ubat Dapat Sembuhkan…” – Jangan Tertipu Dengan Jualan Produk! Mohon Ibu Bapa Peka, Dr Izzar Kongsi Cara Cegah HMFD
Jangan mudah terpedaya dengan ubat-ubatan yang dijual ya guys.

DBKL Keluarkan Teddy Bear Besar Dari Longkang Tersumbat, Netizen Panas Hati! - "Tong Sampah Kan Ada, Bila Banjir Kilat Semua Sengsara"
Kes putus cinta ker ni?

Bertindan Tarikh Dengan Konsert Anuar & Ziana Zain, Aishah Rela Lewatkan Tarikh Konsert Sendiri
Aishah rela berkorban

"Tak Fake! Cantik Anju Bukan Hanya Di Luar Tapi 100 Kali Ganda Dalam Hati" - Peguam Nurul Hafidzah Hassan
Peguam popular Nurul Hafidzah Hassan tampil membuat hantaran mengenai teman baiknya yang juga selebriti sensasi Zarina Anjoulie.

Ratu Elizabeth Cari ‘bibik’, Tawar Gaji RM43 Sejam
Boleh try!