"Tahniah...Sesuai!" - Netizen Mengusik, Ada Apa Antara Nonny Nadhirah & Niezam Zaidi?

Asraf Aided
Mac 18, 2020 11:13 MYT

Pelakon Nonny Nadhirah berkongsi foto bersama aktor Niezam Zaidi.

Foto tersebut dikongsi Nonny menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Di ruangan kapsyen, Nonny hanya menulis tarikh hari ini disertakan potongan lirik lagu Sakit nyanyian Zynakal dan Yonnyboii.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Nonny mengusik tentang hubungannya bersama Niezam, mereka seakan mengesyaki kedua-dua pelakon ini menjalin hubungan istimewa.

Namun begitu, Nonny memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi terhadap komen-komen tersebut.

"Couple dengan Niezam pula ke?

"Saya suka kedua-duanya!

"Tahniah.

"Sesuai!" tulis netizen.

Pada Mac tahun lalu, Nonny telah mengesahkan tentang keretakan rumah tangganya selepas menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Terdahulu, Nonny dan bekas suaminya, Mustain mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 selepas perkenalan selama sembilan tahun.

#pelakon #Pelakon #Nonny Nadhirah #Niezam Zaidi