Tahun 2017 Bawa Banyak Rezeki Buat Saya - Alvin Chong

Kamaruddin Razal
Disember 19, 2017 13:45 MYT
Pelakon Alvin Chong menganggap tahun 2017 sebagai tahun bertuah untuk dirnya.
“Tahun ini banyak membawa rezeki kepada saya. Saya sangat bersyukur kerana banyak peluang dan pendedahan yang saya dapat.
“Penglibatan saya dalam drama bersiri Awak Suka Saya Tak? juga menjadi salah satu pemangkin yang membuatkan nama saya dikenali,” kata Alvin kepada Astro Gempak.
Alvin ditemui ketika Anugerah Instafamous anjuran Hurr TV pada Sabtu.
Menerusi acara tersebut, Alvin menerima pengiktirafan Anugerah Instafamous Fenomena.
“Saya sangat bersyukur atas penganugerahan ini. Sejujurnya, saya sangat terkejut apabila dinamakan sebagai pemenang.
“Saya menganggap ini pemangkin untuk saya berusaha dengan lebih kuat di tahun 2018,” katanya lagi.
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan untuk memberi pengiktirafan kepada personaliti media sosial.
Selain itu, Anugerah Instafamous juga memberi pengiktirafan kepada sembilan selebriti yang sering menggunakan landasan media sosial untuk menyebarkan kebaikan.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Alvin
#pelakon #Alvin Chong #Pelakon