Hiburan
"Tahun Ini Banyak Buka Mata Untuk Muhasabah Diri" - Enggan Dibayangi Kisah Sedih, Kaka Azraff Kini Berjinak-Jinak Tulis Lirik Lagu
Penyanyi Kaka Azraff mahu mencabar dirinya dengan cuba menulis lirik lagu dan mengekspresikan perasaannya melalui cara tersebut.
BERITA BERKAITAN: Kunci Mulut Hal Peribadi, Kaka Azraff Sedang Biasakan Diri Hidup Sendiri - "Saya Gembira, Suka Dengan Diri Sekarang..."
BERITA BERKAITAN: Kaka Azraff Kongsi Petikan Ayat Tentang Lelaki Bertanggungjawab - "Kahwinilah Lelaki Yang Boleh ..."
Jelas Kaka, dia yang kini merancang untuk tampil dengan album baharu tahun 2025 akan lebih mencurahkan perasaannya menerusi lagu-lagu yang dihasilkan.
"Untuk album kali ini akan ada lima lagu baharu dan saya ada bekerjasama dengan beberapa komposer seperti Sona One dan ada few lagi yang masih belem comfirm.
"Masa sama saya juga menceburi dalam bidang menulis dan Kaka juga akan menyumbang untuk lagu saya sendiri.
"Kerana saya nak lebih dekat dengan lagu itu dan kebanyakan lagu itu akan lebih kepada penceritaan diri saya. Setakat ini ada tiga lagu yang Kaka tulis sendiri tetapi bukan sepenuhnya kerana saya masih baru, jadi ada bantuan daripada lain.Kaka masih perlukan tunjuk ajar dengan orang yang lebih arif," katanya.
Kaka yang enggan dibayangi kisah kontroversi rumahtangganya berkata, dia tidak mahu terus bersedih dan mahu memastikan dirinya sentiasa sibuk dengan urusan kerja.
"Saya rasa hidup ini kita perlu bersyukur sahaja kerana saya perlu hidup sentiasa positif untuk majukan diri sendiri.
"Jadi apa yang saya fikir sekarang ini adalah anak-anak dan nak belajar untuk menulis lirik lagu dengan lebih banyak lagi. Hidup ini kalau kita sentiasa positif mesti yang baik-baik sahaja," ringkasnya.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menyifatkan 2024 ini sebagai tahun yang membuka matanya untuk lebih mengenali diri sendiri.
"Tahun ini juga banyak membuka mata saya supaya muhasabah diri. Kini, saya melihat apa yang berlaku itu dengan lebih meluas terutamanya dari segi diri sendiri, kerjaya, keluarga dan kehidupan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Kaka dan suaminya, Adam Azriff didakwa bercerai secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada 28 Oktober lalu.
Kaka dan Adam berumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, Aryan, dan Atta Adam.