"Tahun Ini Hadiah Dalam Perut Tau" - Ucapan 'Sweet' Almy Nadia Buat Fizz Fairuz

Rozaimi Zubaidi
Oktober 22, 2018 04:24 MYT
Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi ucapan 'sweet' sempena menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Fizz Fairuz.
Menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, Almy mengakui tahun ini dia akan memberikan hadiah istimewa buat suaminya.
"Syukur Alhamdulillah genap umur sayang 39 tahun pada 22/10/18 hari ini.
"Happy birthday my King. Tahun ini hadiah dalam perut tau. Kasih sayang setia pengorbanan itu adalah hadiah untuk mu sayang.
"Tak ada apa yang nak diucapkan, hanya doa seorang isteri sentiasa berada disisimu, dibelakang, didepan, diatas, dibawah bersamamu wahai my King @fizzfairuzofficial.
"I love you sayang, anak-anak sayang papa. Sekali lagi selamat hari jadi my love forever," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran Fizz serta mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap Almy selamat melahirkan anak ketiga.
Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.
#pelakon #Pelakon #Datin Almy Nadia #Datuk Fizz Fairuz