Warner Music Malaysia (WMM) bersama Digi Telecommunications Sdn Bhd kembali dengan siri jelajah Jimba Fest Tour 2019 yang bakal menggegarkan enam lokasi terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia dari Oktober hingga Disember tahun ini.
Acara tahunan yang sudah masuk tahun ketujuh penganjurannya ini menyediakan peluang kepada pengkarya seni muzik bagi mendekati demografi golongan pengguna muzik terbesar di Malaysia iaitu generasi belia.
Sejak tahun 2012, platform ini memberikan ruang kepada artis untuk mempromosikan karya terbaru mereka serta memberi ruang kepada peminat untuk bertemu lebih dekat dengan artis kegemaran mereka.
Siri jelajah Jimba Fest Tour 2019 ini akan membawakan persembahan hebat daripada barisan artis popular bawah naungan label WMM seperti Andi Bernadee, De Fam, Amir Hasan, Datin Alyah, Awi Rafael, Aizat Amdan, Kucaimars, Maya Karin, Pasya Mentor, Zaaim Mentor, Luqman Podolski, Layla Sania, Eyza Bahra dan Elizabeth Tan.
Membawakan tema ‘Jimba Fest Tanpa Batasan’, WMM berharap pengisian Jimba Fest Tour 2019 ini bakal memberikan impak positif kepada generasi muda dan sekaligus berjaya memartabatkan industri muzik tempatan.
Berikut merupakan senarai penuh tarikh dan lokasi siri jelajah Jimba Fest Tour 2019:
22 Oktober 2019 (Selasa): Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah
16 November 2019 (Sabtu): Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu
20 November 2019 (Rabu): Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak
30 November 2019 (Sabtu): Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka
1 Disember 2019 (Ahad): Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sri Iskandar, Perak
3 Disember 2019 (Selasa): Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor
Sempena dengan siri jelajah ini, pelanggan Digi berpeluang untuk mendapatkan pas eksklusif Zon Kuning untuk menonton konsert Jimba Fest dengan lebih dekat, serta mengambil bahagian dalam pertandingan khas untuk memenangi pas eksklusif 'Meet And Greet' artis kegemaran mereka.
Bukan itu sahaja, tiga pelanggan Digi yang bertuah turut berpeluang untuk memenangi sesi khas makan malam bersama artis WMM.
Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik di gerai pameran Digi seperti pertandingan kejohanan mini Republic GG, pertandingan menari serta peluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah dari Digi.
Bagi yang ingin mengenali artis-artis bawah naungan label WMM, boleh terus layari laman web rasmi Warner Music Malaysia, http://warnermusic.com.my.
Zulaikha Yusof
Thu Oct 17 2019


Shooting Dalam Ribut Taufan, Kru Berkampung 3 Bulan Tengah-Tengah Laut! Penerbit Cerita Payahnya Buat Filem Coast Guard
Mencabar betul...
.png?ext=.png)
"Balas Dendam OOTD Ni"- Ramai 'Terpelanting' Gaya Che Ta Pergi Cari Telur & Minyak Masak Di Austria
Che Ta Pergi Cari Telur & Minyak Masak Di Austria
.png?ext=.png)
“Saya Nak Mereka Faham…”- Komen Penuh Bahasa Melayu, Maryam Bangga Jadi Juri ATNM2
Maryam Durian Kimchi Bangga Jadi Juri ATNM2

Aksi Crosswalk Meer Nash & Diva AA Di Traffic Light Tular - "Penyanyi Lain Tak Buat, Biar Saya Buat"
Lain macam...

Anzalna 'Me Time' Di Dubai Mall, Suami Pula Takut Isteri Lupa Jalan Balik Bilik - “Dia Punya Risau I Nak Keluar Seorang…”
Bestnya dapat me-time...

Sambut Hari Jadi Ke-23, Ramai Terpesona Tengok Kacaknya Anak Teruna Linda Jasmine, Qalif Khan! - "Cepat Dia Besar, Helok Betul"
Memang helok!
![[VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi [VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/doc/whatsapp-image-2023-01-31-at-9-26-13-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi
Sporting Syamsul
![[VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…” [VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/1_18.png?ext=.png)
[VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…”
Tak salah pun kan?
![[VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq [VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/mommy-gambar-(77).png?ext=.png)
[VIDEO] "Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu..."- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq
Ramai Terkejut Isteri Raja Afiq Tak Bertudung

“Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Di Set?” - Nabila Huda Geram Heroin Menggatal Dengan Suami Bella Astillah
Fokuslah pada lakonan