"Tahun Ni Saya Sambut Birthday Di Hospital"- Zulin Aziz Jalani Pembedahan Buang Batu Hempedu?

Kamaruddin Razal
November 25, 2019 06:25 MYT
Pengacara dan pelawak popular Zulin Aziz berkongsi berita mengejutkan apabila dia bakal menjalani pembedahan di sebuah hospital.
Perkara itu dikongsikan Zulin menerusi satu entri di Instagram yang memaparkan dirinya sedang berada di wad pesakit.
"Mohon doakan pembedahan saya berjalan lancar, selamat dan dipanjangkan umur ya?
"Tahun ni saya sambut birthday saya yang ke-30 di hospital. Tak apalah tak dapat makan kek, tiup lilin. Dapat doa dari korang pun dah Alhamdulillah," tulisnya di ruangan komen.
Biarpun tidak menjelaskan tujuan pembedahan tersebut, namun, Zulin dipercayai mengalami masalah penyakit batu hempedu berdasarkan perkongsian hashtagnya.
"Moga-moga Allah makbulkan doa-doa kita, Amin. #batuhempedu," tulisnya.
Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai respons termasuklah rakan artis.
Rata-rata mendoakan agar pelakon Cekelat Tak Semanis Honey itu dipermudahkan segala urusannya.
"Semuanya akan baik-baik sahaja. Insya-Allah, jaga diri. Nanti aku lawat mu okay," komen pelakon Shima Anuar.
#pelakon #Zulin Aziz #Pelakon