Pelakon Daler Yusuf memaklumkan ayah tercinta iaitu Dusmat Hamroyev meninggal dunia semalam akibat pandemik Covid-19.

Berita duka itu dikongsikan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.

Menurut pelakon drama Tuan Anas Mikael, dia menyifatkan 2020 merupakan tahun paling sukar selepas kehilangan dua orang ahli keluarga rapat.

"Al-Fatihah kepada ayah saya. Ini adalah tahun paling sukar buat saya. Hari ini bapa saya meninggal kerana Covid-19.

"Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian tapi saya percaya Allah sayangkan dia lebih," tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, memohon doa daripada semua pihak supaya mendoakan agar keluarganya diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan.

"Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Minta semua doakan saya dan keluarga kuat. Amin ya Allah swt," tulisnya lagi.

Al-Fatihah to my father. I guess this is the hardest year I have to endure. Today my father passed away due to the covid19. Banyak hajat dia dan cita cita dia yang belum kesampaian , but I believe Allah swt loves him more. May Allah bless his soul and may he be placed di kalangan orang yang beriman. Minta semua doakan Daler dan keluarga kuat. Amin ya Allah swt.

A post shared by Daler Yusuf (@daleryusuf) on


Pada bulan Ogos lalu, Daler telah kehilangan neneknya selepas berada dalam keadaan kritikal akibat wabak itu.

BACA: “Saya Mungkin Tak Tahu Apa Rasanya Kasih Ibu, Tapi Dia Berikan Segalanya” – Nenek Daler Yusuf Meninggal Dunia