Taja Bekas Guru Tunai Umrah, Timbalan Menteri Kewangan II Guna Duit Sendiri
Izwan Isa
02/10/2023 03:50 MYT
02/10/2023 03:50 MYT
“Di Tanah Suci Makkah nanti, mohon cikgu halalkan segala ilmu yang diajarkan dan doakan Steven diberikan kekuatan menggalas tanggungjawab berat sebagai wakil rakyat,” demikian luahan Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata, tajaan umrah itu menggunakan wang peribadi dan bukannya peruntukan kerajaan bertujuan menghargai jasa guru yang merupakan tenaga pengajar pertama dalam hidupnya.
“Februari lalu, saya janji nak taja guru darjah satu saya, Cikgu Zaniyah dan suaminya, Pak Johari untuk menunaikan umrah.
“Ini saya pakai duit sendiri sebagai menghargai jasa guru sekolah pertama dalam hidup saya, bukan pakai peruntukan kerajaan.
“Kini, penantian lapan bulan untuk ke Tanah Suci Makkah berakhir,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam menerangkan, beliau pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semata-mata ingin memberikan kejutan buat gurunya itu.
Beliau turut mendoakan agar pasangan tersebut selamat pergi dan pulang serta memperoleh umrah yang mabrur.
“Bangun sebelum subuh, pergi lapangan terbang beri kejutan kat Cikgu Zaniyah.
“Cikgu tak tahu saya akan datang untuk menghantar mereka, saya tak maklum sebab nak bagi kejutan.
“Kelesuan bangkit tidur jam 4 pagi hilang apabila saya tengok senyuman syahdu pada wajah cikgu dan Pak Johari,” ujarnya.
BACA: Agensi Travel Nafi Taja Abang Tesla & Isteri-Isteri Umrah, Segala Perkhidmatan Hanya...
BACA: Pergi Umrah Sebab Trend? Ustaz Kecewa Jemaah Hanya ‘Rajin’ Ketika Di Tanah Suci, Bila Pulang Ke Kampung…