Laman Utama

Pergi Umrah Sebab Trend? Ustaz Kecewa Jemaah Hanya ‘Rajin’ Ketika Di Tanah Suci, Bila Pulang Ke Kampung…

gempak
Izwan Isa
28/09/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Pergi Umrah Sebab Trend? Ustaz Kecewa Jemaah Hanya ‘Rajin’ Ketika Di Tanah Suci, Bila Pulang Ke Kampung…
Pendakwah bebas, Ustaz Mokhtar Yaacob menyifatkan ibadah umrah sebagai satu trend yang sering menjadi ikutan umat Islam sejak sejak kebelakangan ini.
Menerusi potongan video ceramah yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Mokhtar berkata, ramai dalam kalangan umat Islam yang hanya mengimarahkan masjid ketika berada di Tanah Suci Mekah, namun, tidak berbuat perkara sama seusai tiba di tanah air.
@pejuangpondok8734
♬ bunyi asal - PejuangSubuh
“Sekarang ni trend pergi umrah. Sekampung pergi umrah, habis sekeluarga pergi umrah. Masjid tak datang kenapa? Ada benda tak kena tuan tuan. Bila balik cerita, seronok sembahyang berjemaah di sana. Selama 12 hari tu je ke mereka berjemaah?
“Mutawif minta saya kongsikan cerita ini kepada semua. Ketika berada di sana, awal pagi pukul 3 ketuk pintu mutawif nak pergi solat Subuh. Sampaikan mutawif kata pergi dulu.
“Tapi bila nak balik, dah naik kapal terbang, mutawif sarankan niat sembahyang jamak, mereka kata, tak mengapa, kita qada. Tak sempat turun kapal terbang qada dah.
“Nampak tuan tuan, atas kapal terbang belum sampai kampung lagi. Tak pelik, bila dah sampai kampung tak ada yang nak berjemaah (di masjid),” tegurnya.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna TikTok bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Mokhtar.
BACA: Trend Influencer 'Tayang' Ibadah Di Makkah, Ustaz Mursyid Abu Hassan; "Mungkin Dengan Posting Dia, Beri...​
BACA: Ditegur Pakai T-Shirt & Topi Dalam Masjid Nabawi, Alam Wakaka; "Aku Tutup Aurat, Bukan Bogel"​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live