Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Tak Ada Niat Hina Wanita Sudah Bercerai, Janna Nick Tampil Perjelas Isu ‘Perempuan Gila’ - “Saya Tahu Soalan Itu Sensitif Untuk Fattah Tapi…”

Asyikin Mayudin 12/05/2025 | 21:55 MYT
Pelakon dan pengacara Janna Nick akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai isu dia bertanyakan soalan sensitif kepada aktor Fattah Amin selain menggunakan perkataan ‘perempuan gila’ baru-baru ini.

Tak niat hina

Memahami perasaan wanita yang sudah bercerai, Janna menegaskan ‘perempuan gila’ itu bukan ditujukan kepada bekas isteri Fattah iaitu Fazura seperti yang didakwa sesetengah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Soal Tentang Apa Perasaan Jadi Duda, Netizen Kurang Senang Soalan Janna Nick Pada Fattah - “Apalah Soalan Macam Ni, Husband You Tu Handsome Idaman Ramai”

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Hati Fattah Amin Untuk Anak Bikin Sebak, Netizen Harap Fatimah Akan Faham - “Walaupun Sekarang Daddy Tidak…”

ARTIKEL BERKAITAN: “You Tak Suka Besar, Keras?” - Didakwa Buat Jenaka Double Meaning, Netizen Tegur Dini Schatzmann

“Awak kata saya cakap Fazura ‘perempuan gila’. Eh yang gila tu saya… sah-sah la saya gila certified. Saya nak jelaskan kena term perempuan gila itu digunakan.

“Soalan saya dekat Fattah tu contoh situasi umum seorang lelaki. Untuk yang tak faham, cakap saya hina perempuan, saya hina orang dah bercerai… hello, saya ini daripada broken family.

“Mak saya pun wanita yang diceraikan. Jadi, saya sangat faham perasaan perempuan yang ditinggalkan. Bukanlah ditinggalkan, meninggalkan, tak kisah la. Perempuan yang sudah berpisah.

“Jadi saya tak mungkin nak hina seorang wanita dan seorang ibu. Soalan itu bukan untuk menghina sesiapa,” tegas Janna menerusi video yang dimuat naik di TiKTok.

Perasaan lelaki

Pada perkongsian yang sama, isteri kepada aktor Dini Schatzmann ini berkata dia hanya ingin mengetahui perasaan sebenar seorang lelaki yang sudah bercerai.

“Saya tanya sebab saya betul-betul ikhlas nak tahu apa dalam hati seorang lelaki. Sebab saya rasa ada sesetengah lelaki, atau sesetengah ayah lepas tang bila dah berpisah.

“Saya nak tahu mereka ini rasa macam bebas ke bila dah bercerai? Bebas daripada tanggungjawab ke? Bebas daripada anak, bini yang menyerabutkan otak mereka ke?

“Atau bebas daripada anak-anak, bini yang membebankan mereka selama perkahwinan? Saya nak tahu, macam itu ke mereka rasa. Sebab itu saya pakai term perempuan gila.

“Sebab saya nak tahu perspektif lelaki yang rimas dengan bekas isteri. Maksudnya lelaki rasa perempuan-perempuan ni gila ke? Macam itu dia rasa bila dah berpisah,” ujarnya.

Tugas & tanggungjawab

Bagaimanapun, Janna mengakui soalannya itu kurang sesuai dan sensitif untuk Fattah namun dia hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pengacara untuk program tersebut.

“Saya tahu mungkin soalan saya agak direct dan tak sesuai dengan sesetengah pihak. Saya tahu soalan saya mungkin sensitif untuk pihak Fattah. Tapi itulah tugasan dan tanggungjawab saya dekat program itu,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Janna menerima kecaman netizen gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada Fattah selain menggunakan perkataan ‘perempuan gila’ yang disangkakan seakan-akan ditujukan pada Fazura.

undefined
#Fattah Amin #Fazura #cerai #Janna Nick #Perempuan gila #Wanita bercerai