Hiburan
“Tak Ada Rezeki, Sila Cuba Lagi,” – Sharifah Sakinah Usaha Dapat Anak Kedua
Pelakon Sharifah Sakinah sedang merancang untuk memiliki cahaya mata kedua bersama suaminya, Alif Ahda.
Menerusi laman sosial Instagram, Sakinah memuat naik dua keping foto ujian kehamilan yang tertera keputusan tidak mengandung untuk tatapan umum.
“Tak ada rezeki, sila cuba lagi,” tulis Sakinah bahagian kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan sokongan kepada Sakinah untuk dia mencuba lagi.
“Kita usaha lagi sis,” ujar seorang wargamaya.
“Ada rezeki nanti tu,” tulis seorang wargamaya.
“Saya pun sama, tak ada rezeki. Usaha lagi,” luah seorang wargamaya.
“Insya-Allah rezeki akan datang, keep tying,” kata seorang wargamaya.
“Soon sis, semoga diberikan rezeki akan datang,” doa seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Sakinah dan Alif berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anais Adha yang kini berusia 3 tahun.
Must-Watch Video