Hiburan
"Tak Ada Ruang Untuk Kita Memilih ..." - Indah Ruhaila Syukur Masih Terima Tawaran Menyanyi
Penyanyi Indah Ruhaila melahirkan rasa syukur kerana masih menerima tawaran menyanyi di kala seluruh dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.
Menurut Indah, 33, sekarang ini dia akan menerima apa saja tawaran tanpa memilih dan demand.
"Sejujurnya, pandemik Covid-19 ini sememangnya memberi kesan kepada kehidupan semua orang termasuklah golongan selebriti juga.
"Ada yang kena buang kerja dan sedikit sebanyak memang terkesan. Tapi Alhamdulillah.. Sepanjang tempoh itu, saya ada juga menerima tawaran menyanyi.
"Sekarang ini, saya tidak mahu memilih sangat dan tidak nak demand. Apa yang orang dah beri, ia satu penghargaan bermakna ada orang ingat kita," katanya kepada Gempak.
Indah memberitahu perkara itu ketika sidang media program Vokal Mania bersama media yang diadakan secara maya pada hari Ahad.
Dalam pada itu, pemilik nama Indah Ruhaila mendedahkan dia sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.
"Dah lama saya duduk rumah dan tak keluar TV. Tak kisah la di waktu sekarang ini, kalau dipanggil untuk buat persembahan saja pun saya okay.
"Tak ada ruang untuk kita memilih. Apa saja ada depan mata, kita kena grab peluang itu," katanya lagi.
Must-Watch Video