Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

Mya Amri
25/07/2024 02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.

Ada babak dengan Wawa Zainal juga


Menurut Abby, aksi manja yang dilihat netizen itu merupakan salah satu babak dalam konten yang bakal dikeluarkan untuk produk kecantikan milik Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal iaitu Wawa Cosmetic.

“Sebelum babak dengan dgn @aeril_zafrel, ada babak dengan @w4w4_zainal ya. Masa dengan Aeril, getis-getis manja macam Zaza Manjalara.

“Ni jeling macam Inspektor Aleza pulak kan? Hahaha. Semuanya lakonan sahaja wak. Untuk konten Anti Pigment Set @wawaofficialhq okaya. Yang ini tak masuk televisyen,” maklumnya.


Abby menjelaskan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!

ARTIKEL BERKAITAN:Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - “Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang”

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam

ARTIKEL BERKAITAN:"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi



Tiada babak bersentuhan

Dalam pada itu, Abby juga menegaskan tiada babak bersentuhan dan aksi mengundang semasa penggambaran berlangsung.

“Tak berat manapun konten ni, cuma buat untuk tarikan produk sahaja! Tak ada sentuhan, tak ada aksi bukan-bukan. Ambil mood pun dekat situ juga.


“Tak ada skrip reading, tak ada sesi latihan beria.Jalan sahaja konsepnya. Jadi jangan serius sangat. Nanti kalau saya tegak je, kata kayulah, hilang taringlah.

“Ini jadi isu, maknanya apa? Masih berbisa okay. Dah jangan gaduh,” tulisnya.
View this post on Instagram

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)


Terdahulu, netizen meluahkan rasa kuranh senang melihat Abby yang didakwa kelihatan menggeletis semasa berlakon dengan Aeril.

Lebih-lebih lagi apabila Abby kini semakin langsing dan netizen mengatakan terdapat sedikit perubahan sikap pada Abby.


#Abby Abadi #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Berlakon #Menggeletis #Menggedik