"Tak Ada Sisi Macho Dalam Pusaka" - Syafiq Kyle
Zulaikha Yusof
10/12/2020 03:47 MYT
10/12/2020 03:47 MYT
Pelakon Syafiq Kyle akui seronok membawa watak Sufian yang dipegang dalam filem Saka Nan Sepi.
Ketika dihubungi Gempak, Syafiq, 28, menyatakan dia dan pengarah Razaisyam Rashid bekerjasama menjayakan karakter itu dalam tempoh 15 hari.
"Karakter saya sebenarnya simple saja. Razaisyam cakap karakter saya tak besar tetapi berbeza.
"Saya tak pernah bawa karakter macam Sufian sebelum ni. Dia kotor dan pemalas.
"Memang berbeza dan saya suka dapat explore dekat set penggambaran. Selama dalam 15 hari buat karakter ini dengan pengarah, memang saya seronok," katanya.
Saka Nan Sepi yang mendapat sentuhan daripada Razaisyam dan Azri Azman itu boleh ditonton menerusi filem terbitan Astro Shaw dan produksi Alpha47 Films.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak menyatakan watak Sufian berbeza dengan Inspektor Nuar Ishak dalam filem Pusaka.
"Kalau dalam Pusaka, pengarah nak saya jadi macho dan gentleman.
"Tapi dalam filem ini dia tak nak Syafiq Kyle. Tak ada sisi macho. Banyak benda juga saya digelakkan bila bawa watak ni," katanya sambil ketawa.
Selain Syafiq, ia turut dibintangi oleh Mimi Lana, Sherry Al Hadad, Namron, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini.
Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.
Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.
Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy.
BACA: Pecah Perut Gelak! Ini 5 Sebab Wajib Tonton Filem Saka Nan Sepi
Jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 mulai hari ini selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.