Tinggal sehari lagi tayangan filem Saka Nan Sepi.

Filem arahan pengarah Razaisyam Rashid dan Azri Azman bakal ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First.

Filem ini dibintangi barisan pelakon hebat tanah air seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Al Hadad, Namron, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini.

Saka Nan Sepi merupakan filem komedi seram yang menyuntik elemen lucu terutamanya kepada hantu itu sendiri.

BACA: Rindukan Filem Komedi Seram? Sabar.. Saka Nan Sepi Bakal Temui Penonton 10 Disember Ini!

Di sini, Gempak senaraikan lima sebab mengapa anda perlu tonton Saka Nan Sepi:

#1 Lakonan Mantap Barisan Pelakon

Memandangkan barisan pelakon yang membintangi filem ini terdiri dari mereka yang berbakat dan berpengalaman, kesemua babak berjaya dilakonkan malah penonton tak kering gusi ketika menonton.

Syabas semua!

#2 Rekod Cemerlang Pengarah Pusaka

Siapa yang tengok mesti tak boleh move on dengan filem seram Pusaka kan?

Filem ini mendapat pujian hebat sehinggakan majoriti mengatakan Pusaka adalah filem terbaik Malaysia untuk tahun 2019.

Kini pengarahnya, Razaisyam menonjolkan kebolehan dari sisi berbeza dengan mengarahkan filem komedi seram.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


#3 Jalan Cerita Tak 'Complicated'

Jalan cerita filem ini mudah difahami dan simple. Memang sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa had umur.

#4 Mesej Berguna Untuk Masyarakat

Filem ini mengandungi banyak mesej berguna untuk penonton antaranya yang berbentuk kekeluargaan.

Selain itu, banyak babak dalam filem ini boleh dikaitkan dengan kehidupan harian kita terutama golongan anak muda.

#5 Pengakhiran Memuaskan Hati

Semestinya penonton berpuas hati menyaksikan pengakhiran cerita ini kerana semua konflik dapat diselesaikan dengan baik.

Happy ending..

Jadi, jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi bermula 10 Disember di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.

BACA: Manis! Syafiq Kyle & Mimi Lana Kembali Bersama ...