Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Tak Apa Panas Dunia Hanya Sementara”- Respon Netizen Bila Liyana Jasmay Akui Hijab Styling Kurang Sesuai...

Syafiqah Jalal 12/02/2019 | 08:19 MYT
Kenyataan Liyana Jasmay mengenai cuaca panas Khatulistiwa di Malaysia kurang sesuai untuk ‘hijab styling’ bagi wanita disini menjadi perhatian netizen.
Ia tercetus apabila Liyana menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu dalam foto yang dikongsi, dia masih boleh tersenyum walapun sedang menahan panas memakai jaket di siang hari.
Menurut Liyana ‘hijab styling’ lebih lawa jika memakai baju berlapis tapi kurang sesuai untuk pakai di Malaysia dengan cuaca yang sangat panas.
Liyana kemudian bertanya adakah pengikutnya setuju jika dia katakan wanita berhijab akan lebih bebas berfesyen jija berada di negara empat musim.
“Senyum walaupun panas. Siap pakai jacket lagi. Hijab styling sebenarnya lawa bila kita baju layers tapi Malaysia sangat panas.
“So mampu dress and jacket je. Itupun dah peluh bagai nak gilaaa!! ( reality of life di negara khatulistiwa)
“ If only 4 musim, sure dah stylo dah hijab girls kat malaysia ni! Siapa sokong angkat tangan!,” tulisnya
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Liyana kerana memahami keadaan situasi yang dimaksudkan.
Namun terdapat jyga netizen yang kurang bersetuju kerana mereka berpendapat jika di berada di musim sejuk lain pula cabarannya.
Menerusi entri tersebut Liyana berkongsi fotonya berjaket bersama dengan suaminya.

Senyum walaupun panas. Siap pakai jacket lagi. Hijab styling sebenarnya lawa bila kita baju layers tapi Malaysia sangat panas. So mampu dress and jacket je. Itupun dah peluh bagai nak gilaaa!! ( reality of life di negara khatulistiwa) If only 4 musim, sure dah stylo dah hijab girls kat malaysia ni! Siapa sokong angkat tangan!

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

#pelakon #Liyana Jasmay #Berhijab #Pelakon #Hijabister
;