Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Baik Kita Judge Dia, Beri Ruang” - Puteri Sarah Mohon Doa Yang Baik Baik Untuk Bella

Mya Amri
09/03/2024 08:25 MYT
Pelakon, Puteri Sarah Liyana meminta orang ramai memberikan kata-kata samangat buat rakannya, Bella Astillah.

Puteri Sarah menerusi hantaran terbaharu di ruangan Insta Story miliknya berharap orang ramai tidak mengadili Bella atas peristiwa pahit yang berlaku dalam hidupnya.

“Marilah kita sama-sama beri semangat pada @bellaastillah. Janganlah kita judge dia. Yang dah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang.

“Saya tahu cerita dari awal sampai akhir jadi tak baik kita judge dia. Berkatalah yang baik baik kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang. Sama-sama kita berdoa untuk Bella,” tulisnya.



BERITA TRENDING: Netizen Ungkit Ruhainies Pernah Tuduh Sophia Albarakbah Perosak Industri, Akhirnya Kata-Kata Makan Diri! Ini Respons Lanjut ...


Terdahulu, tular laporan media apabila seorang selebriti berstatus suami orang dilaporkan berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

BERITA TRENDING: CCTV Rakam Kelibat Aliff Aziz, Ruhainies?


Turut tersebar di media sosial, video menunjukkan Bella bersama Didi dan penyanyi Adira Suhaimi hadir ke pejabat agama.

BERITA TRENDING: "Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah

BERITA TRENDING: “Aku Tak Boleh Brain Lelaki Macam Ni!” - Mila Jirin Beri Sokongan Pada Bella Astillah



Sementara itu, pihak Gempak sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Risteena berhubung dakwaan adiknya, Ruhainies ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Namun, setakat ini tiada lagi sebarang kenyataan yang dibuat daripada pihak Aliff dan isterinya, Bella Astillah mahupun Ruhainies tentang kebenaran dakwaan yang mengatakan Ruhainies adalah wanita yang dicekup bersama Aliff.

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Puteri Sarah Liyana #Khalwat #Curang #PSL
;