Hiburan
“Tak Baik Lah Buat Macam Tu, Awak Bukan Siti Saleha” - Siti Saleha
Baru-baru ini, pelakon Siti Saleha tampil memuat naik satu hantaran memaparkan akaun palsu yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan ‘cat fish’.
Susulan itu, pelakon berusia 35 tahun itu mendedahkan buat pertama kali telah memuatnaik perkara tersebut di akaun sosial medianya dan meminta agar pengikutnya membuat laporan terhadap akaun palsu tersebut.
“Selalunya saya tak kongsi kalau ada yang buat akaun palsu tapi ini sebab Nabila Huda yang mesej saya ada orang buat akaun palsu.
“Kebiasaannya saya pandang sebelah mata sahaja tapi sebenarnnya ini kali pertama saya muatnaik dalam media sosial saya.
Advertisement
“Sebab saya tak nak orang tu menggunakan gambar dan berlakon jadi saya dan bersayang-sayang dengan orang lain,” katanya ketika ditemui Gempak.
Walaupun mengakui berasa natural dalam hal ini, Siti Saleha bagaimanapun sempat menitipkan kata-kata pesanan buat individu tersebut.
“Saya rasa neutral sahaja tapi tak best lah dia guna gambar saya sebab saya tak mahu sebarang masalah. Tapi peminat saya tolong saya untuk report akaun tu.
“Harapnya semuanya okay tapi pada masa yang sama kita tak boleh nak hentikan perkara ini.
“Tak baik lah buat macam itu awak bukan Siti Saleha, jangan lah buat lagi,”tambahnya.
Must-Watch Video