Hiburan
"Tak Benar Kata Saya Sibuk Sampai Tak Jenguk Anak" - Fattah Amin
Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan segelintir pihak mendakwa dirinya sudah lama tidak meluangkan masa bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya disebabkan kesibukan bekerja.
BERITA TRENDING: Fattah Amin Kongsi Foto Bersama Puteri Kesayangan - “Fatima, Jangan Bersedih Meski Daddy…”
BERITA TRENDING: “Ya Allah Kenapa La Sekejam Ini Diperlakukan…” - Fattah Amin
Jelas Fattah, dia tetap menjalankan tanggungawabnya sebagai seorang bapa meskipun sibuk dengan kerjayanya yang kini sedang meroket.
"Kalau ada kata saya sibuk sampai tak jenguk anak, itu tidak benar. Saya sentiasa menghubungi dan mencari masa untuknya sebab Fatima tanggungjawab saya.
"Jadual kerja sudah disusun lebih awal sama juga tarikh melawat anak. Tiada istilah saya sibuk sampai tidak ada waktu meluangkan masa bersama anak," ujarnya kepada Gempak.
Fattah ditemui pada majlis pelancaran butik flagship Amber di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada Sabtu.
BERITA TRENDING: “Tak Kira Status Apa Pun, Kalau Orang Nak Mengata Tetap Mengata” - Sophia Albarakbah Tak Risau Berlakon Dengan Fattah
Berkongsi lanjut, Fattah menegaskan sentiasa menghubungi dan mencari masa untuk Fatimah kerana itu tanggungjawabnya sebagai bapa.
“Alhamdulillah saya dan Fazura sudah bersetuju dalam perjanjian sebelum ini, jadi saya dan Fatima dapat berjumpa.
“Sudah tentu sekarang saya tinggal berasingan dengan anak tetapi tanggungjawab sebagai ayah tetap ada dan memang mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama Fatima,” ujarnya.
Fattah dalam pada itu memaklumkan dia tidak dapat menahan sebak apabila Fatima mengakui pernah bermimpi dirinya disebabkan terlalu rindu.
“Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy.
“Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh,” jelasnya.
Baru-baru ini, Fattah mencuri tumpuan apabila memuat naik foto bersama Fatima dan meminta anak perempuannya itu untuk tidak bersedih kerana bertemu untuk tempoh singkat.
Dalam perkongsian foto tersebut turut kelihatan Fatima mencium pipi bapanya.
Terdahulu, Fattah dan Nur Fazura yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sah bercerai pada 7 Oktober lalu.