Pelakon baru Ellika Azman, 24, akui aktor Amar Asyraf ada menghubunginya selepas pendedahan yang dibuat mengenai hubungan mereka.

Ellika memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama pengikut di ruangan Insta Story semalam.

Jelas Ellika, Amar tidak memarahinya malah mengucapkan terima kasih dengan apa yang telah berlaku.



Dalam pada itu, Ellika turut menidakkan dakwaan dirinya pernah cuba bertindak membunuh diri seperti yang diperkatakan sebelum ini.

"Nak tanya ni. Betul ke sis nak bunuh diri? Dengar dalam Melodi hari tu," tanya seorang netizen.

"Haha awak ni. Sumpah demi Allah tak. Tak berbaloi saya mati sia-sia sebab cinta," jawabnya.



Terdahulu, Ellika tampil membuat pendedahan yang mendakwa dirinya menjalinkan hubungan dengan Amar di laman Instagram.

BACA: "Dia Ada Seorang Lagi Isteri & Seorang Lagi Anak" - Hampir Jadi Isteri Ketiga, Pelakon Baru Ini Dakwa Ada Hubungan Dengan Amar Asyraf

Ellika memuat naik foto dan videonya bersama Amar dan turut mendakwa dia bercinta dengan Amar semenjak tahun lalu.

Ellika turut mendakwa pelakon tersebut sudah mempunyai dua orang isteri.

BACA: "Sepatutnya, Kami Bakal Bernikah Di Thailand... Tak Sangka Amar Asyraf Ada 2 Isteri" - Ellika Azman

BACA: Didakwa Jalin Hubungan Dengan Pelakon Baru & Beristeri 2, Tentera Bawang Mula Serang Instagram Amar Asyraf

Sebelum ini, Amar dan Ellika pernah bekerjasama dalam teater Puteri Saadong yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada Ogos tahun lalu.

Amar mendirikan rumah tangga bersama Arna Salleh pada Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.

Arna tampil membuka mulut mengenai situasi yang dihadapi oleh suaminya.

BACA: "Tolong Maafkan Amar, Bagi Ruang Dia Jadi Lebih Baik" - Isteri Amar Asyraf Buka Mulut