Pengacara dan pelakon Karl Shafek mengakui mengalami masalah kemurungan sejak setahun yang lalu.

Karl berkata disebabkan masalah itu dia mula menyendiri dan tidak keluar bekerja seperti biasa.

Namun dia bersyukur kerana selama tempoh tersebut dia dikelilingi keluarga dan sahabat yang membantunya untuk bangkit semula.

“Bulan lepas sebenarnya genap setahun saya bertarung dengan masalah kemurungan yang banyak memberikan kesan buruk kepada diri saya. Sejak tahun lepas saya sendiri tak berminat nak bertemu atau berinteraksi dengan sesiapa.

“Saya juga jadi tak berminat untuk berkerja kerana ruang kerja saya biasanya banyak melibatkan pergaulan, perbincangan yang meletihkan serta memerlukan saya menjadi seorang yang kreatif. Saya lebih selesa menyendiri atau bersama orang yang saya percaya sahaja.

“Alhamdulillah, saya banyak mengenali siapa yang layak di anggap kawan sejati ketika susah senang dan saya juga bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga dan sahabat yang sentiasa mahukan saya bangkit kembali. You know who you are. Yang masih bersama saya hingga sekarang.

“Jika sebelum ini banyak perkara yang secara mudahnya akan membuatkan anxiety, stress dan emosi saya bercelaru. Terlalu banyak perkara di luar sedar juga turut terjadi. Saya menjadi terlalu fragile sehinggakan mendapat tahu tentang orang lain membunuh pun selalu mempengaruhi saya. Bukan sekali, tapi sehinggakan berkali-kali saya dikejarkan ke hospital,” katanya.

Karl mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik video rakaman sebuah program yang menjemputnya sebagai tetamu selepas setahun menghilang.

Dalam pada itu, Karl sempat mendedahkan punca kemurungannya. Semuanya gara-gara perniagaannya ditipu serta disantau.

“Punca sebenarnya juga banyak. Perniagaan saya ditipu, disantau (saya tak pernah cerita hal ini ) sehingga saya sakit tak boleh bangun dari katil berbulan-bulan lalu banyak perancangan perniagaan tak menjadi mungkin antara faktor utamanya.

“Saya masih ingat diketawakan dan dipermainkan orang yang saya anggap sahabat bila mengatahui saya tak sihat. Tak apalah. Allah SWT saja yang membalasnya,” ceritanya.

Kini, Karl bersyukur dia sudah mula pulih selepas menjalani rawatan.

“Setahun menjalani rawatan, saya boleh kata saya semakin okay tetapi masih belum 100 peratus seperti dulu. Kualiti hidup saya juga berubah tapi saya reda. Mungkin ini perancangan Allah SWT untuk saya. Saya cuma follow the flow.

“Saya doakan sesiapa yang mengalami masalah seperti saya supaya cepat sembuh dan jangan ada rasa malu untuk meminta bantuan orang sekeliling. Jika anda perasan perubahan pada rakan atau ahli keluarga juga, tolonglah cepat berikan pertolongan. Kalau mahu pendapat just DM me anytime.

Insyaallah saya cuba bantu. Bukan nak jadi hero, tapi saya tau seksa depresi itu,” katanya lagi.

Karl pernah menjadi salah seorang peserta rancangan Masterchef Selebriti Malaysia yang turut disertai oleh Datuk Fazley Yaakob, Raja Azami, Jehan Miskin dan ramai lagi.

Bulan lepas sebenarnya genap setahun saya bertarung dengan masalah kemurungan yang banyak memberikan kesan buruk kepada diri saya. Sejak tahun lepas saya sendiri tak berminat nak bertemu atau berinteraksi dengan sesiapa. Saya juga jadi tak berminat untuk berkerja kerana ruang kerja saya biasanya banyak melibatkan pergaulan, perbincangan yang meletihkan serta memerlukan saya menjadi seorang yang kreatif. Saya lebih selesa menyendiri atau bersama orang yang saya percaya sahaja. Alhamdulillah, saya banyak mengenali siapa yang layak di anggap kawan sejati ketika susah senang dan saya juga bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga dan sahabat yang sentiasa mahukan saya bangkit kembali. You know who you are. Yang masih bersama saya hingga sekarang. Jika sebelum ini banyak perkara yang secara mudahnya akan membuatkan anxiety, stress dan emosi saya bercelaru. Terlalu banyak perkara di luar sedar juga turut terjadi. Saya menjadi terlalu fragile sehinggakan mendapat tahu tentang orang lain membunuh pun selalu mempengaruhi saya. Bukan sekali, tapi sehinggakan berkali-kali saya dikejarkan ke hospital. Sekali lagi saya berterima kasih kepada yang sentiasa berada di samping saya pada waktu tersebut. Punca sebenarnya juga banyak. Perniagaan saya ditipu, disantau ( saya tak pernah cerita hal ini ) sehingga saya sakit tak boleh bangun dari katil berbulan-bulan lalu banyak perancangan perniagaan tak menjadi mungkin antara faktor utamanya. Saya masih ingat diketawakan dan dipermainkan orang yang saya anggap sahabat bila mengatahui saya tak sihat. Tak apalah. Allah SWT saja yang membalasnya. Setahun menjalani rawatan, saya boleh kata saya semakin okay tetapi masih belum 100% seperti dulu. Kualiti hidup saya juga berubah tapi saya redha. Mungkin ini perancangan Allah SWT untuk saya. Saya cuma follow the flow. Saya doakan sesiapa yang mengalami masalah seperti saya supaya cepat sembuh dan jangan ada rasa malu untuk meminta bantuan orang sekeliling. Jika anda perasan perubahan pada rakan atau ahli keluarga juga, tolonglah cepat berikan pertolongan. Kalau mahu pendapat just DM me anytime. Insyaallah saya cuba bantu. Bukan nak jadi hero, tapi saya tau seksa depresi itu.

A post shared by • ???? ?????? ??????? • (@karlshafek) on