Hiburan

Tak Boleh Hafal Skrip, Mark Adam Lakonkan Secara Spontan

gempak
Zulaikha Yusof
17/10/2019
23:00 MYT
Sponsor Banner
Tak Boleh Hafal Skrip, Mark Adam Lakonkan Secara Spontan
Penyanyi, pelakon dan pelawak Mark Adam mendedahkan filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi merupakan filem pertama lakonannya.
Menurut Mark, sebab utama dia menerima tawaran tersebut adalah untuk menambah pengalaman dalam bidang seni.
“Sebenarnya, ini merupakan filem pertama lakonan saya yang menjalani penggambaran pada dua tahun lalu.
"Sebab utama saya terima watak ini adalah untuk menambah pengalaman saya sebagai seorang pelakon.
"Saya ingin menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Tawaran ini diberikan kepada saya, jadi menjadi tanggungjawab saya untuk menjayakan watak tersebut dengan sebaik mungkin," katanya kepada Gempak.
Mark ditemui usai majlis tayangan filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi di e@Curve, Damansara Selasa lalu.
Tambah pelantun lagu Marry Me ini, dia akui menghadapi masalah untuk menghafal skrip semasa sesi penggambaran.
"Saya tak boleh hafal skrip jadi ada beberapa bahagian saya hanya melakonkannya secara spontan.
"Saya kena memahami jalan cerita supaya mudah untuk disampaikan kepada penonton.
"Alhamdulillah, pengarah pun okay, dia berikan kelonggaran kepada saya untuk bawa jalan cerita dengan cara saya sendiri.
"Dalam masa yang sama, dia juga banyak membantu serta berkongsi ilmu dengan saya.
"Sebelum melangkah masuk ke set penggambaran, saya sudah nekad untuk melakukan yang terbaik dalam lakonan saya," katanya lagi.
Selain Mark, filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Josiah Hogan, Peter Davis, Chi Azim, Amai Kamarudin, Sharifah Shahira dan ramai lagi.
Filem arahan Anwardi Jamil ini ditayangan di pawagam bermula 31 Oktober 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live