Khabar gembira dari pasangan penyanyi Stacy Anam dan Akim Ahmad apabila tampil mengumumkan berita gembira akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

BACA: Stacy Dedah Lagi Kuat Marah Dari Akim

BACA: Influencer Vietnam Dakwa Babak Lakonan Dibuang Dari Muzik Video 'Rampas' Kerana Stacy Cemburu, Ini Jawapan Padu Akim!


Eksklusif di MeleTOP pada Selasa, Stacy mendedahkan hal itu ketika hos rancangan itu, Elly Mazlein secara berseloroh bertanyakan kesahihan khabar angin itu.

"Ramai cakap Stacy mengandung, betul ker?" soal Elly.

Stacy, 32, tanpa berselindung mengakui akan kehamilannya dan memaklumkan dia kini sedang hamil empat bulan.

"Kalau dah tak boleh nak tutup, dah pecah lubang tu iya lah. Alhamdulillah. Ya, betul... Saya hamil empat bulan.

"Tapi tak boleh sembunyi dah, besar dah perut," kata Stacy tersipu-sipu malu.

A post shared by Team Sangat Gila Stacy (SGS) (@teamsgs)


Stacy atau nama penuhnya Syaikhah Stacy Anam mendirikan rumah tangga bersama Akim pada 5 Februari 2016.

Penyanyi lagu Pelangi Senja itu memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 9, dan seorang anak perempuan, Eshaal Afiq Hakim, 5, hasil perkongsian hidup bersama Akim.