Laman Utama
Stacy Dedah Lagi Kuat Marah Dari Akim & Aura Mamat Khalid Masih Ada Menarik Di Gempak TV
Penyanyi Stacy Anam mendedahkan dia seorang yang lebih banyak beremosi atau marah berbanding suaminya, Akim Ahmad.
“Saya rasa saya lah paling kuat marah tak tahu lah perempuan agaknya kan suka ikut mood. Geram tau, kadang-kadnag penat juga dengan diri sendiri,” kata Stacy.
Stacy berkata demikian dalam satu temu bual sebagai tetamu dalam Gempak TV yang bersiaran semalam.
Selain berkongsi mengenai single terbaharunya Duit, Stacy juga banyak mendedahkan pelabagai perkara mengenai dirinya dan Akim bersama pengacara Isha.
Sementara itu, apa yang menariknya dalam Gempak TV semalam adalah sesi temu bual bersama pelakon dan kru Kampung Pisang Berbuah Dua Kali.
Berkongsi mengenai pengarahnya yang juga anak kepada arwah Mamat Khalid, iaitu Amin Khalid pelakonnya Ahmad Yasin mendedahkan aura seniman itu masih ada.
“Saya rasa naluri ayah dia ada dalam diri Amin sebab tu bila dia mengarah ia tak jauh beza dengan cara bapanya,” kongsinya.
Banyak lagi yang menarik dalam Gempak TV semalam, untuk tonton ulangannya boleh ke laman Gempak.com atau pun ke laman YouTube.
Jadi jangan ketinggalan untuk tonton Gempak TV setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria.
Must-Watch Video