Viral

“Tak Boleh Pukul Rata Kata Anak-Anak Main Handphone Banyak Masalah” - Madammu

Asyikin Mayudin
15/02/2024
05:50 MYT
Dikecam memberi telefon bimbit kepada anak kecilnya, usahawan terkenal, Madammu bagaimanapun menganggap peralatan canggih itu mempunyai kebaikan dan keburukan.
BERITA TRENDING: Netizen Sindir Terpaling Pearl, Madammu Tak Naik Hantu - “Saya Okay, Dah Lama Tak Viral…”
Namun menurut Madammu, anak-anak kecil lebih teruja melihat telefon bimbit disebabkan cahaya lampu
“Jangan cakap macam itu, handphone ini memang ada buruknya dan ada baiknya tapi tak boleh pukul rata. Ada ja, banyak ja skrip yang memberi pendidikan kepada anak-anak.
“Kita duduk dalam zaman 2024, ada benda yang kita boleh orang kata mana ada budak jenis yang tak nampak handphone itu tak teruja. Kita ini pun nampak handphone pun teruja.
“Dia bukan nampak apa, tapi nampak lampu dekat handphone,” kata Madammu ketika membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Dalam pada itu, Madammu memberitahu anak-anaknya banyak memperlajari bahasa Inggeris melalui kandungan dalam telefon bimbit.
“Madammu faham, tapi tak boleh pukul rata kata anak-anak yang banyak main handphone ini banyak masalah.
“Alhamdulillah, memang betul handphone dia ada baik dan buruk, tapi anak-anak Madammu banyak belajar Inggeris melalui handphone.
“Cuma kena pandai kawal, ada budak-budak zaman sekarang yang masalah itu mungkin tak dikawal,” ujarnya lagi.
@zueraidah_noir Jawapan Madammu bila ada yang komen jangan bagi anak main handphonee... #fyp ♬ original sound - Zue Raidah Noir Leader
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).