Hiburan

"Tak Bolehlah Harap Kualiti Suara Saya Macam Tokti Dalam Satu Malam" - Asad Motawh

gempak
Hanafis Haris
14/05/2019
09:56 MYT
Sponsor Banner
"Tak Bolehlah Harap Kualiti Suara Saya Macam Tokti Dalam Satu Malam" - Asad Motawh
Penyanyi As'ad Motawh tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus menyanyi meskipun ada segelintir pihak yang meragui keupayaannya bergelar penyanyi.
Menurut As’ad, dia tidak mudah patah semangat sebaliknya akan bangkit menetapkan misi dan visi demi kelangsungan karier.
“Ketika mula melangkah dalam bidang ini pun ramai yang pertikai kemahuan saya untuk jadi penyanyi.
"Namun, saya percaya dengan kemampuan diri dan yakin dapat pergi jauh,” katanya.
Menurut As'ad lagi, orang ramai tidak boleh berharap tahap kualiti vokalnya seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu malam kerana ia pastinya akan mengambil masa bertahun-tahun.
"Ini jalan hidup yang saya pilih dan tiada kata-kata yang mampu menghalang cita-cita saya.
"Kalau diacukan pistol dan disuruh berhenti menyanyi sekali pun, saya takkan lakukannya,” katanya kepada Harian Metro.
Asad kini muncul dengan single terbaru bertajuk Warna dan muzik videonya di YouTube telah pun mencapai tontonan sebanyak 110,000 kali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live