Pelakon Rozita Che Wan mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto mesra bersama suaminya, aktor Zain Saidin.

Menerusi laman sosial Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik foto ‘berlaga hidung’ tersebut untuk tatapan umum.

“Tak cium pun, berlaga hidung ja,” tulis Che Ta ringkas di ruangan kapsyen.

Difahamkan Che Ta dan Zain sekeluarga kini sedang menikmati percutian musim sejuk di Almaty, Kazakhstan.

Tak cium pun .. belaga hidung ja? @zainsaidin23 . . . #rozitachewan #cheta #zsrcwtour #zsrcwinalmaty #rcw #feb #2020 #feb2020 #snow #almaty #khazakstan .. @baqtaqtravelkz . . . ? @azmwhb

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya berpendapat kelakuan itu bukanlah satu kesalahan kerana mereka adalah pasangan suami isteri.

“Alaaa, cium bukan salah pun. Laki hang kan,” usik seorang wargamaya.

“Hahaha bagitau siap-siap sebelum isu ni dibawangkan,” kata seorang wargamaya.

“Dilwale uncut scene ke ni wak?” tanya seorang wargamaya.



“Cium pun apa salahnya, dah halal kot,” komen seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Che Ta dan Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezzra, 21, hasil perkahwinan pertamanya sebelum ini.