Hiburan

“Tak Cukup Satu, Tak Apalah Moga Bahagia” - Ditinggalkan Kekasih, Iman Troye Mahu Kahwin Umur 30 Tahun!

gempak
Hanafis Haris
11/11/2020
03:58 MYT
Sponsor Banner
“Tak Cukup Satu, Tak Apalah Moga Bahagia” - Ditinggalkan Kekasih, Iman Troye Mahu Kahwin Umur 30 Tahun!
Mengakui dirinya pernah ditinggalkan kekasih, pendatang baru Iman Troye nekad untuk berkahwin hanya ketika usianya mencecah 30 tahun.
Menceritakan perkara tersebut kepada Gempak, Iman bekata dia masih muda dan banyak perkara perlu dilakukan terutamanya perjalanan kariernya.
“Ya saya pernah ditinggalkan, dah lama dah. Dia tinggalkan saya, tak cukup satu so tak mengapalah.
“Lagipun saya masih muda, jadi semoga bahagialah,” katanya.
Menurut Iman lagi, terdapat beberapa ciri lelaki idamannya ketika ini.
“Antaranya bertanggungjawab, boleh bimbimg Iman, boleh masuk dengan keluarga Iman dan boleh hormat Iman.
“Selain itu, Iman suka lelaki yang tinggi 180cm ke atas,” katanya.
Untuk rekod, Iman Troye kini sedang popular dengan single pertamanya berjudul Teman.
Sehingga kini muzik video Teman telah mencapai 4.8 juta tontonan sejak dimuat naik tiga minggu lalu.
BACA: Baru Masuk Carta Sudah ‘Caras’ Penyanyi Lain? Iman Troye Tak Sangka Lagu Teman Berada Di Kedudukan...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live