gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Tahniah Datuk Hafez & Datin Nelydia” - Perkongsian Jurusolek Di IG Raih Perhatian Netizen
VIRAL
"Suami Tak Nak Cerai Ke?" - Syamimi Afrina Dihina Kerana Tanda Lahir di Dahi, Pilih Untuk Terus Tabah
HIBURAN
“Saya Tidak Tahu Sampai Bila Tuhan…” - Wani Kayrie Sebak, Bimbang Kesihatan Ibu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kehidupan Anak Zainal Abidin Berbeza Daripada Apa Yang Disangka - “Saya, Ibu & Abang Dipaksa…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
25/07/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Kehidupan Anak Zainal Abidin Berbeza Daripada Apa Yang Disangka - “Saya, Ibu & Abang Dipaksa…”
Anak kepada penyanyi terkenal Datuk Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel mendedahkan kisah kehidupan peribadinya yang ramai tidak ketahui.

Jalani kehidupan susah

Menurut Timur, ramai yang menyangkakan dia dibesarkan dalam keluarga yang kaya namun sebaliknya kehidupannya tidak begitu.

“Ramai orang yang tidak begitu mengenali saya sering menyangkan saya dibesarkan dalam keluarga yang kaya, berada dan menjalani kehidupan yang mudah.

“Tetapi hakikatnya sebahagian besar hidup saya dihabiskan dengan mencari jalan untuk memastikan keluarga saya selamat dan bahagia,” kongsinya.

Kehidupan berubah

Menurut Timur, hidupnya mula berubah ketika dirinya berusia tujuh tahun gara-gara beberapa peristiwa malang yang menimpa keluarganya.

“Saya, ibu dan abang dipaksa meninggalkan rumah keluarga kami. Kami hampir tidak mempunyai apa-apa untuk teruskan hidup.

“Ia adalah pengalaman yang sangat mengejutkan dan traumatik buat kami semua,” katanya lagi.

Ibu hidap kanser

Bercerita lebih lanjut, Timur berkata ibunya terpaksa membesarkan dia dan abangnya sebagai ibu tunggal.
Malah, lebih menyedihkan apabila dia mengetahui ibunya disahkan menghidap kanser.

“Semua tekanan itu akhirnya menyebabkan dia menghidap kanser, namun dia berjaya melawan penyakit itu dan terus hidup,” katanya.

Momen itu juga menjadi titik tolak kepada Timur untuk terus berusaha lebih keras demi masa depan keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Zainal Abidin Dakwa Bapa Tiada Usaha Perbaiki Hubungan, Hanya Tanya Dah Solat Atau Tidak – “Dia Tak Wish Birthday…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak Saya Mesti Berbintikan Zainal Abidin, Kalau Bukan Maka…” - Zainal Abidin

Setelah bertahun-tahun berusaha, Timur akhirnya berjaya menunaikan janji tersebut dan kini mampu memberikan semula kehidupan yang selesa kepada keluarganya.
“Masa berusia 10 tahun, saya beritahu ibu yang akan membelikan dia sebuah rumah yang cantik Tak perlu risau pasal sewa, dan tak perlu bergantung pada mana-mana lelaki,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Zainal Abidin
#Timur Gabriel
#Anak Zainal Abidin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement