,
Laman Utama

“Tak Dapat Jumpa Keluarga Walaupun Beberapa Tapak…”- Nora Danish

Syafiqah Jalal
12/05/2021
04:47 MYT
Pelakon Nora Danish akui perit apabila terpaksa ‘berkurung’ di dalam rumah sendiri gara-gara dijangkiti virus Covid-19 pada 8 Mei lalu.
Kata Nora meskipun berada di dalam rumah yang sama dengan suami dan anak-anaknya, namun dia terpaksa menahan rindu untuk berjumpa mereka.
“Dulu selalu dengar orang lain di luar sana yang kena. Sekarang giliran saya. Jadi, saya tahu bagaimana rasanya, perit.
“Tak dapat jumpa keluarga walaupun hanya beberapa langkah kaki yang memisahkan kami. Boleh dengar suara anak di luar bilik tapi tak boleh buat apa-apa,” katanya.
Nora berkongsi luahan hatinya itu menerusi hantaran video dalam Instagramnya semalam.
Pun begitu, menurut Nora dia harus kuat meneruskan hidup dan sentiasa positif mendepani ujian yang menimpanya ketika ini.
“Pekerjaan saya sebagai pelakon memang kena keluar rumah dan jumpa ramai orang. Jadi kebarangkalian untuk kena Covid-19, sangat tinggi.
“Sampaikan kami terpaksa tanamkan dalam kepala untuk reda, walaupun jaga prosedur operasi standard (SOP) tapi risiko sangat tinggi.
“Tetapi saya bersyukur sebab kena virus ini pada usia sekarang, sebab saya tahu diri kuat dan boleh lawan sakit,” ujarnya.
Pada masa sama, pelakon drama Bougainviella itu meluahkan rasa syukur kerana suami dan dua orang anaknya negatif Covid-19.
“Dalam rumah ada suami, Neyney dan Rayqal. Mereka negatif. Sedangkan kami berpelukan, tidur sekatil dan berciuman. Tapi semuanya ketentuan Allah.
“Saya sudah tiga hari jalani kuarantin kendiri di dalam bilik di rumah. Sebab saya tidak tunjukkan apa-apa simptom kronik yang memerlukan saya dibawa ke tempat kuarantin.
“Saya tahu tanggungjawab saya besar untuk kongsikan kepada anda bahawa Covid-19 memang wujud. Jaga diri, jangan keluar rumah. Raya dah nak dekat kan? Jadi mesti kalian sibuk buat juadah raya. Saya pun akan ambil foto raya, tapi dalam bilik sahaja,” katanya.
Nora dan rakan pelakon Tiz Zaqyah mengesahkan diri mereka dijangkiti Covid-19 pada Ahad lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rasa Diri Lebih Dihargai Bila Mengenakan Hijab, Nora Danish Ucap Terima Kasih Yang Pernah Tegur Dahulu

gempak
04/10/2024
00:55 MYT
Menurut pelakon filem Polis Evo 3 itu, dia sangat berterima kasih dengan komen-komen yang diberikan kepadanya dahulu meskipun nadanya berbunyi seperti negatif.
Hiburan

“Bila Anak Saya Buat Hal, Mereka Sergah..” - Hunny Madu Kecewa Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme

gempak
03/10/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu meluahkan rasa terkilan dengan bentuk layanan segelintir masyarakat Jepun  terhadap anaknya yang juga pengidap autistik, Adam Musa sewaktu bercuti di negara berkenaan.
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Viral

Pengantin Perempuan Batalkan Majlis Kahwin Saat Akhir, Keluarga Belah Lelaki Terpaksa Tebalkan Muka - “Pelamin Yang Indah Namun Jiwaku Gelap”

gempak
02/10/2024
05:55 MYT
Tular beberapa video di TikTok memperlihatkan sebuah keluarga dalam keadaan bersedih tetap meneruskan majlis perkahwinan tanpa dihadiri pengantin perempuan.
Hiburan

Fatima Genap 4 Tahun, Fazura Titip Ucapan Khas - "Mommy Akan Sentiasa Di Sisi Saat Susah & Senang"

gempak
01/10/2024
20:40 MYT
Pelakon jelita Nur Fazura tampil berkongsi hantaran khas sempena ulangtahun kelahiran keempat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya pada hari ini.
BorakSeeni