"Tak Dapat Makan Sesuap & Minum Walau Seteguk Air Selama Tiga Hari" - Nonny Nadirah Masuk Hospital?

Rozaimi Zubaidi
Disember 2, 2018 22:01 MYT
Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima, Nonny Nadirah meluahkan perasaan apabila tidak dapat makan dan minum selama tiga hari selepas mengalami masalah kesihatan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nonny berkongsi sekeping gambar ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital dalam keadaan dirinya yang sangat lemah.
"Selamat pagi, mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman, benda-benda
yang positif dan sentiasa berprasangka baik insyaallah.
"Semua benda yang baik-baik akan datang kepada diri anda.
"Boleh cerita sedikit tentang perasaan anda, macam mana rasa bila tak dapat makan walau sesuap dan tak dapat minum walau seteguk air?
"Bukan sehari tapi dalam masa 3 hari? Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada," tulisnya.
Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Nonny kembali pulih selepas menerima rawatan.
Kami di Gempak mendoakan agar Nonny kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.
#pelakon #Pelakon #Nonny Nadirah