Berita
"Tak Dapat Nak Telan, Tak Dapat Nak Cakap" - Bella Dally Sengsara Akibat...
Pelakon Bella Dally memberitahu bahawa beberapa hari kebelakangan ini, kesihatan dirinya tidak begitu baik berikutan mengalami masalah pembengkakan tonsil.
Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 28, berkata, dia turut demam akibat bengkak di bahagian tekak tersebut sejak tiga hari lalu.
"Ahhh, rasa sengsara sangat bila tonsil bengkak, tak dapat telan (makanan), tak dapat nak cakap.
"Terutamanya sewaktu pagi-pagi tu bila bangun rasa macam...(tak sihat). Saya belum pulih sepenuhnya lagi, tapi wow saya berasa leganya dapat berehat," tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama Kusinero Cinta itu turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang cukup prihatin dan sentiasa menjaga dirinya dengan baik.
"Terima kasih kerana menjaga diri ini sayangku," luahnya yang turut berkongsi gambar bersama suaminya.
Ekoran perkongsian Bella itu, rata-rata pengikut mendoakan agar dirinya cepat sembuh.
Bella mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd. Radzali, 34, pada 31 Mac lalu.
Ia merupakan perkahwinan kedua Bella selepas bercerai dengan pelakon Nazim Othman pada Mei 2018 selepas dua tahun bersama.
Must-Watch Video