Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Datang Sebutan Pertama Kes Cerai, Aliff Aziz Tak Tipu Sibuk Jalani Penggambaran Drama Dengan Ruhainies

Firdaus
14/03/2024 08:55 MYT
Tidak hadir ke sebutan pertama kes perceraian dengan isteri, Bella Astillah, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz menimbulkan rasa marah dalam kalangan orang ramai.

Enggan berdiam diri, pelantun lagu Sayang-Sayang itu memberi alasan tidak hadir ke perbicaraan tersebut kerana sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Terjerat.

BERITA TRENDING: “Tak Semestinya Cinta Itu Harus Memiliki” - Bella Astillah

Menerusi perkongsian video di TikTok yang dimuat naik oleh seorang individu, hantaran itu mengukuhkan lagi alasan yang diberi oleh Aliff apabila entri berikut memaparkan dirinya dan rakan selebriti, Ruhainies sedang dalam proses penggambaran di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

"Nampak kelibat Ruhainies dan Aliff Aziz tengah shooting sejam sebelum Bella failkan permohonan cerai," tulis individu itu.
undefined
Bagaimanapun, dapat dilihat kedua-dua selebriti menjalankan tugas secara profesional di lokasi penggambaran walaupun terlibat dalam kontroversi khalwat yang masih menjadi 'buah mulut' ramai orang.

Terdahulu, Bella hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada Rabu untuk sebutan pertama kes perceraiannya dengan Aliff Aziz yang difailkan Isnin lalu.

Sebelum ini Aliff ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Mereka kemudian dibebaskan denga jaminan pada sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
#Viral #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Khalwat #hiburan #Curang
;