Hiburan

“Tak Semestinya Cinta Itu Harus Memiliki” - Bella Astillah

gempak
Asyikin Mayudin
13/03/2024
06:31 MYT
Sponsor Banner
“Tak Semestinya Cinta Itu Harus Memiliki” - Bella Astillah
Akhirnya memilih untuk memfailkan perceraian, pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.
BERITA TRENDING: Selepas Isu Ditangkap Khalwat, Akhirnya Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Terhadap Aliff Aziz
Mengharapkan urusan perceraian dipermudah & dipercepatkan, Bella memberitahu dia nekad untuk berpisah kerana sudah diberikan banyak peluang kepada suaminya.
“Saya rasa dengan memilih jalan masing-masing itu merupakan jalan terbaik bagi Saya dan juga Aliff. Saya cuma mahu dipermudahkan urusan. Lagi-lagi bulan Ramadan ini saya mahukan ia berjalan dengan lancar.
“Saya nekad kerana banyak ruang dan peluang sudah diberikan. Bagaimanapun Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella. Tak semestinya cinta itu masing-masing harus memiliki. Kita doakan daripada jauh,” ujarnya.
Terdahulu, Bella hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada Rabu untuk sebutan pertama kes perceraiannya dengan Aliff Aziz yang difailkan Isnin lalu.
Sebelum ini Aliff ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama
pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Mereka kemudian dibebaskan denga jaminan pada sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live