,
Hiburan

Tak Dengki Dengan Anna Jobling, Didie Alias Mahu Angkat Martabat Pelawak Wanita - “Apa Guna Kewujudan Pelakon Komedi…”

Firdaus
21/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Didie Alias menyatakan dirinya tidak pernah berasa cemburu dengan pemilihan Anna Jobling sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4).

Tak Persoal Kelayakan

Tidak mempersoalkan kelayakan Anna, Didie atau Fadzilah Mohd Ali, hanya mempersoalkan tentang mengapa pihak stesen televisyen mengabaikan artis komedi wanita yang lebih berpengalaman.

“Ada saya cakap dia tidak layak? Tiada. Saya meletakkan diri saya sebagai seorang netizen ketika menulis komen tersebut.

“Ramai cakap saya dengki, hakikatnya tidak. Untuk meletakkan dia sebagai seorang juri, bukan masalah dan memang bertujuan sebagai komersial.
“Namun, apa guna kewujudan ramai pelakon komedi wanita tetapi tidak diletakkan di kerusi para juri? Sekurang-kurangnya ada ‘bunga tua’ yang berilmu tentang komedi boleh beri komen?” katanya
Didie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ( ABP) ke-36 baru-baru ini.
Jelasnya lagi, industri seni tanah air mempunyai ramai pelawak wanita yang mempunyai ilmu dalam bidang komedi namun sehingga kini sukar mendapat ruang dan peluang tersebut.
Bagaimanapun, aktres berusia 52 tahun itu memahami kehendak program yang meletakkan Anna di kerusi juri sebagai nilai komersial serta mahu meraih rating tinggi.
“Mengikut kefahaman saya, semua itu untuk rating program tetapi tidak salah kalau gandingkan pelakon komedi wanita bertaraf ‘otai’ dan banyak pengalaman dengan barisan juri lain iaitu Saiful Apek serta Harith Iskander.
“Banyak program sebelum ini hanya ketengahkan artis komedi lelaki tetapi wanita? Kita ada ramai yang bagus seperti Sharifah Shahirah, Raja Azura, Sheila Rusly dan Rosnah Mat Aris. Mereka semua ada ilmu.
“Komen itu hanya sekadar pendapat peribadi, malah tak pertikai pun kelayakannya cuma terfikir mengapa tidak beri peluang kepada yang lebih berpengalaman. Dalam media sosial, sesiapa sahaja boleh komen,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan” - Ucapan Ulang Tahun Bella Buat Kekasih Adik Bikin Netizen Sebak

​BERITA TRENDING: Didie Alias Dedah Asal Usul Nama Pentasnya – “Alias Tu Punca Dia Daripada Datuk Rosyam Nor”

​BERITA TRENDING: “Kami Maafkan, Lepas Ni Nak Buat Lawak…” - Didie Alias Bagi Warning, Jangan Buat Lawak Libatkan Negara

​BERITA TRENDING: Iringi Perjalanan Akhir Arwah Bekas Suami, Netizen Puji Keikhlasan Didie Alias - “Teladan Untuk Kita Biarpun Sudah Berpisah Tetap…”

Tambahnya lagi, Anna harus duduk di kerusi juri dengan ilmu agar tidak dikritik teruk oleh netizen.
Pelawak tersebut juga mengakui tindakannya lantang bersuara itu kerana merasakan tiada pihak mahu mengangkat martabat pelawak wanita.
“Dia juga perlu ada ilmu tentang komedi sebab pentas ini bukan mudah. Perlu juga persiapkan mental agar bersedia dengan ‘tembakan’ netizen.
“Memang saya perlu lantang bersuara, sebab siapa lagi hendak mewakili golongan kami? Ruang dan peluang pun kami susah nak dapat, sebab itu ramai rakan seangkatan berniaga ketika ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Didie turut diumumkan sebagai hos malam kemuncak ABP36 bersama Haniff Hamzah dan Riena Diana pada 11 Oktober depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

gempak
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Hiburan

"Farid Kamil Profesional, Dia Ada Di Set Penggambaran Pada Hari Berita Tersebar" - Pengarah Filem Bisikan Dosa

gempak
30/10/2024
10:12 MYT
Pengarah filem Bisikan Dosa, Faizul A. Rashid memuji sikap pelakon Farid Kamil yang profesional sepanjang menjalankan penggambaran Bisikan Dosa.
Hiburan

“Saya Masih Sayangkan Isteri & Anak-Anak” - Farid Kamil Akan Berusaha Jernihkan Keadaan

gempak
29/10/2024
13:47 MYT
Pelakon, Farid Kamil akhirnya tampil memberikan respon terhadap kenyataan isterinya, Diana Danielle yang mengumumkan sudah mengambil keputusan untuk berpisah.
Hiburan

Kontroversi Konsert Tak Ganggu Fokus Bella Astillah Untuk ‘Perform’ Di Konsert Sumandak Stars - “Saya Fokus Pada Diri Sendiri & Vokal Saja”

gempak
25/10/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengambil pendirian untuk fokus pada diri sendiri daripada mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinya dalam penganjuran Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.
Unitar