Laman Utama

Tak Fikir Kahwin, Selepas Miliki Mercedes-Benz Wani Kayrie Mahu Beli Rumah

gempak
Syafiqah Jalal
16/02/2022
05:12 MYT
Sponsor Banner
Tak Fikir Kahwin, Selepas Miliki Mercedes-Benz Wani Kayrie Mahu Beli Rumah
Penyanyi dan pelakon Wani Kayrie, 21, akui bercadang untuk memiliki rumah sebagai aset peribadinya.
Selepas berjaya memiliki kereta idamannya iaitu Mercedes-Benz CLA180 berharga RM192,000, Wani berkata, sebagai anak sulung, dia bertanggungjawab untuk menanggung keluarganya pula.
"Selepas kereta, saya bercadang nak beli rumah pula sebagai aset peribadi. Bagi saya, sebagai anak seni ini selagi ada peluang rezeki saya kena berusaha memanfaatkannya untuk kebahagiaan keluarga.
"Saya ada ibu dan adik-adik yang harus dijaga. Sekarang pun, fokus saya pada karier apabila peluang demi peluang datang untuk saya cuba.
“Syukur alhamdulillah dan saya akan berusaha lebih baik lagi untuk lebih berjaya," katanya.
Wani ditemubual dalam di sidang media virtual drama bersiri 3 Nota Cinta lakonannya bersama Ashraf Muslim dan Sharifah Rose.
Apabila ditanya soal jodoh, Wani akui masih solo dan belum terfikir untuk berumah tangga.
"Perkahwinan bukan keutamaan saya buat masa ini. Apa yang saya fokus sekarang, urusan kerja. Soal jodoh, biar Allah yang tentukan dan saya takkan sorok jika sudah bertemu calon nanti.
"Cuma, saya selesa berkawan dengan sesiapa saja. Malah, bekas kekasih dulu pun ada yang dah datang semula. Tapi, untuk saya cukup sekadar kami berkawan saja kerana sudah 'move on'," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024