Hiburan
Tak Hadir Mahkamah, Farid Kamil Dikenakan Waran Tangkap
Pelakon Datuk Farid Kamil Zahari dikenakan waran tangkap apabila gagal hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari keempat perbicaraan kes urin yang dihadapinya hari ini.
Mahkamah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap kepada Farid Kamil.
Waran itu dikeluarkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran membuat permohonan tersebut susulan kegagalan Farid dan penjaminnya hadir selain tiada sebarang laporan atau sijil cuti sakit dikemukakan kepada mahkamah.
Advertisement
Menurut Nor Ariffin, waran tangkap itu dikeluarkan kerana tiada sebaran alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamh atas ketidakhadiran tertuduh.
Peguam yang memwakili Farid, Megat Syazlee Mokhtarom memohon untuk membatalkan pengeluaran waran itu sehingga tarikh perbicaraan seterusnya pada Isnin depan.
Mahkaman bagaimanapun tetap mengeluarkan perintah waran tangkap itu.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Megat Syazlee memaklumkan anak guamnya itu kini berada di Johor.
“Saya sudah maklumkan kepada Farid malam semalam namun dia beritahu tidak sempat datang kerana sedang menjalani penggambaran.
“Dalam prosiding tadi juga saya sudah menjelaskan kepada mahkamah bahawa ketidakhadirannya adalah bukannya sesuatu yang disengajakan, sebaliknya dia keliru kerana banyak tarikh ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, pada 25 Januari 2018, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistreet di sini kerana menggunakan dadah THC yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4:30 petang, 11 Januari tahun lalu.
Farid dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber:mStar Online
Foto: Google
Must-Watch Video