,
Bollywood

Tak Hadir Pesta Sebab Mahu Tidur, Shah Rukh Khan Beri John Abraham Motosikal Berkuasa Tinggi

Maliah Surip
20/08/2024
21:50 MYT
Aktor John Abraham mendedahkan dihadiahi sebuah motosikal berkuasa tinggi daripada pesohor Shah Rukh Khan selepas membintangi filem hit Pathaan.

Beri motosikal

Shah Rukh Khan memberi motosikal tersebut selepas Abraham tidak ikut serta meraikan kejayaan karya pembabitan mereka bersama awal tahun ini.
“Filem terakhir saya adalah bersama Shah Rukh Khan. Saya ingat waktu itu beliau adakan pesta meraikan kejayaan filem tersebut, Pathaan.
“Beliau ajak saya bersama tapi saya menolak. Saya beritahu mahu berehat di rumah dan tidur,” kenang Abraham sewaktu muncul dalam sebuah podcast seperti dilaporkan indianexpress.

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Sukar Kawal Isteri, Shah Rukh Khan Minta Peminat Selesaikan Masalah Rumah Tangga Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:Shah Rukh Khan Lakukan Pembedahan Hidung Di Amerika Syarikat

ARTIKEL BERKAITAN:Nawazuddin Siddiqui Dinilai Paling Hodoh, Tidak Layak Jadi Bintang Bollywood

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Persoal Amitabh Bachchan Masih Aktif Berlakon Pada Usia 81: “Ada Masalah?”

​ARTIKEL BERKAITAN:Dendam Masih Membara, Gangster Tembak Rumah Salman Khan

Oleh kerana dia menolak ajakan tersebut, Shah Rukh Khan menawarkan pertukaran buat Abraham.

“Jadi beliau tanya apa saya mahu? Saya katakan motosikal. Beliau belikan satu (motosikal) buat saya,” katanya.

Abraham sendiri diketahui sebagai aktor yang memang meminati motosikal berkuasa besar dan menjadikannya sebagai koleksi.
Shah Rukh Khan pula bukan pertama kali memberi rakan seperjuangan hadiah seperti motosikal. Sebelum ini beliau pernah menghadiahi pengarah filem Chennai Express dengan motosikal berkuasa tinggi pada tahun 2013.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pejabat Shah Rukh Khan Dipenuhi 300 Piala Sepanjang Bergelar Anak Seni

gempak
21/08/2024
11:13 MYT
Hampir empat dekad bergelar anak seni, Shah Rukh Khan bukan hanya terkenal di India bahkan mengukuhkan reputasi cemerlang sehingga ke arena antarabangsa.
Bollywood

Shah Rukh Khan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Strok Haba!

gempak
22/05/2024
13:50 MYT
Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad pada Selasa akibat dihidrasi.
Terkini

Jadi Acara Tahunan, Ribuan Peminat Terima Lambaian Aidilfitri Dari Shah Rukh Khan

gempak
12/04/2024
14:55 MYT
Sudah seperti menjadi satu acara tahunan apabila ribuan peminat membanjiri kawasan di kediaman milik pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan setiap kali tiba hari raya.
Laman Utama

Dunki Sarat Emosi, Jangan Tengok Kalau Tak Ready Nangis!

gempak
24/12/2023
07:53 MYT
Paling best, semangat setiakawan tu...
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Shah Rukh Khan Rajai Takhta, Level Antarabangsa Deepika Padukone, Fenomena AR Rahman & Munbe Vaa!

gempak
20/12/2023
05:55 MYT
Yang panas, yang fenomena, yang kontroversi di Bollywood.